Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Tahanan Palestin di penjara Israel adakan mogok lapar

    RAMALLAH, 23 OGOS – Lebih 4,500 tahanan Palestin di penjara Israel akan mengadakan mogok lapar minggu ini dan enggan hadir sesi pemeriksaan keselamatan bagi membantah tindakan tidak wajar pihak penjara.

    Menurut agensi berita Jordan Petra, Kelab Tahanan Palestin dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan mogok lapar akan diadakan pada Isnin dan Rabu secara berperingkat bagi tempoh dua minggu akan datang, sebelum melibatkan semua tahanan Palestin.

    Tahanan turut menubuhkan sebuah jawatankuasa selepas Israel mengarahkan hukuman dilaksanakan ke atas mereka yang terlibat dalam kejadian lolos dari penjara dikenali “Freedom Tunnel”.

    Jawatankuasa itu memaklumkan pihaknya akan bertindak selepas pentadbiran penjara mengingkari ikrar yang dibuat pada Mac. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...