Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Ko mendahului dua pukulan di LPGA Boca Rio

    MIAMI, 28 JAN – Pemain ranking ketiga dari New Zealand, Lydia Ko membuat pukulan sembilan bawah par 63 untuk meraih dua pukulan di hadapan selepas pusingan pembukaan kelmarin dalam LPGA di Boca Rio.

    Pemain berusia 24 tahun itu tahun lalu memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Tokyo selepas meraih pingat perak pada 2016 di Rio, membuat tiga pukulan birdie pada kejohanan yang berlangsung di sebuah resort di Boca Raton, Florida.

    Sementara itu, pemain Amerika Syarikat, Danielle Kang, pemenang Kejohanan Juara-Juara LPGA di Orlando minggu lalu, berada di kedudukan kedua pada 65 manakala Aditi Ashok dari India berada di kedudukan ketiga pada 66.

    Ko membuat pukulan birdie par-5 di lubang ke-10 untuk memulakan pusingan dan berjaya membuat tiga pukulan birdie berturut-turut di par-3 lubang ke-13.

    “Saya tidak mempunyai permainan yang baik minggu lalu, jadi melihat pukulan masuk ke lubang adalah sesuatu yang baik,” kata Ko.

    “Saya cuba meneruskan bagi baki pusingan selebihnya.”

    Aksi Lydia Ko membuat pukulan semasa pusingan pembukaan kejohanan LPGA do Boca Rio, kelmarin. – AFP

    Dia kemudian membuat tiga lagi pukulan birdie, par-3 di lubang keenam untuk mendahului secara berseorangan, seterusnya menambah par-5 di lubang kelapan.

    “Secara keseluruhan, saya tidak berdepan dengan masalah, saya hanya menumpukan permainan,” jelas Ko.

    “Apabila saya mempunyai peluang melakukan birdie, sebahagian besarnya saya berjaya memasukan bola ke dalam lubang, ia adalah sesuatu yang bagus.”

    Ko berjaya memenangi Kejuaraan Lotte tahun lalu di Hawaii untuk kemenangan LPGA ke-16 dan kejayaan jelajah pertamanya sejak 2018.

    Dia turut merangkul Trofi Vare atas pencapaian purata jaringan terendah musim LPGA dan memenangi Kejohanan Wanita Antarabangsa Arab Saudi di Jelajah Eropah Wanita. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...