Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Koerstz Madsen juarai LPGA Thailand

    BANGKOK, 13 MAC – Saingan sengit pusingan playoff antara Lin Xiyu dan Nanna Koerstz Madsen memberikan kemeriahan kepada penutup pusingan akhir LPGA Thailand dengan pemain Denmark itu meraih kemenangan hari ini.

    Koerstz Madsen menjadi pemain pertama dari Denmark untuk memenangi gelaran LPGA, membawa pulang hadian AS$240,000 pada acara di Siam Country Club.

    Pemenang Olimpik dua kali meraih ke pusingan final dengan pukulan eagle sebelum menamatkan perlawanan dengan 67 – dan sekali gus mencipta rekod kejohanan.

    “Ia sangat menyeronokkan. Saya cuba menikmati saat ini. Berdiri di sini sekarang bersama trofi menjadikan lebih menyeronokkan,” katanya.

    Menuju penghujung sembilan lubang pertama, pemain berusia 27 tahun itu mula goyah, mencatatkan satu bogey di lubang ketujuh dan dua lagi di lubang ke-16 dan yang terakhir.

    Reaksi Nanna Koerstz Madsen menjulang trofi selepas memenangi LPGA Thailand, kelmarin.- AP

    Tetapi dia berjaya meraih kemenangan, bermain dengan keadaan panas dan permainan terganggu oleh guruh, untuk membuat satu lagi pukulan eagle di playoff untuk memenangi perlawanan.

    “Sedikit gangguan di lubang ke-18, permainan biasa tidak begitu menyeronokkan,” kata Koerstz Madsen, sebelum menambah, “Tetapi sekarang, ia sangat hebat.”

    Kemenangannya dilakar selepas mendahului di pusingan akhir terdahulu di Terbuka Wanita AIG 2021 untuk kehilangan dua double bogey di akhir perlawanan.

    “Saya mempunyai keyakinan dalam permainan saya dan diri sendiri. Saya percaya mampu menang di sini, ia adalah apa yang saya kejar sejak tahun lalu,” katanya.

    Lin, menamatkan perlawanan akhir dengan 66 selepas mengejar Koerstz Madsen seharian, terlepas pukulan di lubang playoff pertama.

    “Saya tidak percaya pukulan saya tidak masuk ke lubang. Namun, saya masih berbangga dengan diri saya,” kata pemain berusia 26 tahun itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...