Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Konflik Sudan: Lebih 843,000 hilang tempat tinggal

    GENEVA, 18 MEI – Kira-kira 843,130 penduduk Sudan hilang tempat tinggal sejak bermulanya konflik, kata Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) semalam.

    IOM dalam satu kenyataan memberi amaran bahawa 1.8 juta lagi penduduk dijangka hilang tempat tinggal jika perang berlarutan, lapor agensi Anadolu.

    Ia menyatakan bahawa terdapat 1.1 juta pelarian dan 3.8 juta penduduk hilang tempat tinggal di negara itu sebelum konflik.

    Walaupun hampir 259,000 orang telah melarikan diri dari Sudan ke negara berhampiran, IOM berkata bahawa lebih sejuta pelarian dan migran yang terjejas oleh konflik mungkin berpindah ke negara jiran jika konflik berterusan.

    Menurut pertubuhan itu, bantuan kemanusiaan dipercayai diperlukan oleh lebih 25.7 juta orang dari dalam dan luar Sudan.

    IOM juga mewujudkan pelan tindak balas dan membuat rayuan untuk AS$209 juta bagi menyediakan bantuan kemanusiaan kritikal kepada mereka yang terjejas oleh krisis. – Bernama

    Seorang wanita berjalan di jalan raya di Khartoum kelmarin ketika pertempuran di antara dua jeneral Sudan berterusan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...