Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Konsert Afgan ubati rindu peminat Malaysia

    Lebih dua tahun tidak muncul dalam konsert terbuka di Malaysia, penyanyi Indonesia, Afgan bakal mengubat rindu peminat melalui persembahan istimewa di ibu negara, Disember depan.

    Afgan yang selama ini menganggap Malaysia persis rumah keduanya, bakal beraksi pada Afgan Evolution Kuala Lumpur di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 17 Disember depan, mulai jam 8:30 malam.

    Pastinya, Afgan atau nama penuh, Afgansyah Reza, 33, bakal mengisi masa dua jam mendendangkan rangkaian lagu hit pada konsert berkenaan.

    Penganjur konsert itu, Renjana Idea Sdn Bhd menganggap sekarang masa sesuai untuk membawa Afgan bertemu peminat di Malaysia.

    Pengarahnya, Aliya Arisya Anuar, berkata peminat memberi maklum balas merindui kemunculan Afgan di Malaysia.

    “Peminat nampaknya tidak sabar untuk menyanyikan lagu hit Afgan beramai-ramai,” katanya.

    Aliya percaya penganjuran Konsert Afgan Evolution Kuala Lumpur akan memeriahkan industri muzik dan mengubat rindu peminat.

    “Kami percaya ‘die hard fans’ akan menyokong konsert kali ini yang bakal mempamerkan lagi kematangan Afgan dalam dunia muzik,” katanya.

    Dalam perkembangan berkaitan, Afgan baru melancarkan EP berjudul +62 yang mengandungi tiga lagu iaitu Pendam, Lestari Merdu dan Pulih.

    Tiket berharga antara RM258 hingga RM1,388 boleh dibeli dengan melayari laman web, golive-asia.com. – Agensi

    Afgan bakal mengubat rindu peminat melalui persembahan istimewa di Malaysia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...