Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kontinjen negara pulang dengan kejayaan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Kontinjen Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada pasukan pencak silat, badminton dan akuatik telah pulang ke tanah air hari ini selepas berada di Phnom Penh, Kemboja bagi Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) ke-32.

    Menyambut ketibaan kontinjen negara dan seterusnya mengalungkan sesandang serta memberikan ucapan tahniah di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Kesukanan), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Pemangku Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohamad Rosfazilah bin Haji Yusly, serta pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

    Pasukan pencak silat wanita negara yang terdiri daripada Dayang Anisah Najihah binti Abdullah, Dayang Norleyermah binti Haji Raya dan Dayang Nur Wasiqah Aziemah binti Rosihan berjaya meraih pingat perak bagi acara seni regu berpasukan wanita dengan mengutip 9.925 mata.

    Manakala pasukan pencak silat lelaki negara pula berjaya raih pingat gangsa melalui Mohammad Hazim bin Ramliee, Muhammad Haziq Aqwa bin Mohd Iman Safwan dan Mohd Ali Saifullah bin Haji Mohd Suhaimi bagi acara seni regu berpasukan lelaki de-ngan markah 9.91 mata.

    Sementara itu, pasukan badminton negara pula telah beraksi di peringkat separuh akhir menentang Myanmar setelah mendapat undian bye dalam acara badminton campuran berkumpulan.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi,Pengiran Mohammad Amirrizal dan atlet kebangsaan bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB).
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...