Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Honda WR-V tampil bergaya, maskulin

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Happy Motoring Co Sdn Bhd selaku pengedar kenderaan Honda telah memperkenalkan SUV kompak Honda WR-V untuk pasaran Negara Brunei Darussalam di bilik pamerannya, di Gadong, hari ini.

    Majlis pelancaran dihadiri oleh para pelanggan serta para pengamal media tempatan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Happy Motoring Co Sdn Bhd, SUV Honda yang lebih kecil daripada HR-V itu dibangunkan dengan dimensi panjang 4,060mm, lebar 1,780mm, tinggi 1,608mm dan jarak roda 2,485mm. Jadi berbanding Ativa, WR-V adalah 5mm lebih pendek, 70mm lebih lebar, 27mm lebih rendah serta jarak roda 40mm lebih dekat.

    Jarak dari tanah pula adalah 220mm yang memberikannya penampilkan lebih lasak. Ruang butnya juga lebih besar dengan kapasiti 380 liter.

    Ia dipacu enjin 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menjana kuasa 121PS pada takat 6,600rpm dan tork maksima 145Nm pada takat 4,300rpm, digandingkan dengan gear CVT automatik dan hanya memacu roda hadapan.

    Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Motor Co Ltd, Takahiro Hachigo dipetik berkata, “Kami sangat teruja memperkenalkan Honda WR-V baharu ini dengan reka bentuk untuk memenuhi cita rasa pelanggan. Dengan reka bentuk lebih bergaya, WR-V sempurna untuk semua”.

    Honda menawarkan empat warna iaitu Coffee Cherry Red, Stellar Diamond Pearl, Meteoroid Gray Metallic dan Crystal Black Pearl.

    Ia didatangkan dengan tambahan lampu depan LED bersama DRL LED, ciri kunci pintu automatik ketika bergerak meninggalkan kereta, kluster meter digital dengan paparan 4.2-inci, enam pembesar suara, kerusi gabungan kulit dan fabrik, stereng dan tombol gear balutan kulit, pendingin automatik dan cermin sisi lipatan automatik.

    Varian RS juga datang dengan ciri keselamatan tertinggi dengan pakej bantuan pemanduan Honda Sensing dan LaneWatch, enam beg udara serta lampu hadapan automatik.

    WR-V RS telah diuji dalam ujian pelanggaran keselamatan ASEAN NCAP dan dianugerahkan penarafan lima bintang.

    Sempena pelancaran berkenaan, Happy Motoring Co Sdn Bhd menawarkan promosi dengan harga menarik kepada 60 orang pelanggan terawal. Untuk mendapat promosi hebat berkenaan dan untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, pelanggan bolehlah mengunjungi Bilik Pameran Honda di Gadong.

    Warga Happy Motoring bergambar ramai pada majlis pelancaran tersebut.
    Reka bentuk dalaman Honda WR-V yang baharu.

    Happy Motoring telah memperkenalkan SUV kompak Honda WR-V untuk pasaran Negara Brunei Darussalam di bilik pamerannya di Gadong.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...