Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Korea S: Penggalak kedua untuk 50 tahun ke atas

    SEOUL, KOREA SELATAN, 13 JULAI – Para pegawai kesihatan di Korea Selatan meneruskan suntikan penggalak untuk golongan berusia 50 tahun ke atas ketika kes COVID meningkat lagi di seluruh negara itu.

    Sebanyak 40,226 kes jangkitan baharu telah dilaporkan hari ini, menandakan lonjakan kes harian tertinggi di negara itu dalam tempoh dua bulan, meskipun kemasukan ke hospital dan kematian kekal stabil.

    Baek Gyeongran, pakar penyakit berjangkit tertinggi Korea Selatan, menganggap kes meningkat itu adalah disebabkan imuniti orang ramai yang semakin berkurangan susulan vaksinasi dan jangkitan sebelumnya dan langkah penjarakan sosial yang dilonggarkan sejak April ketika negara itu masih lagi mencegah wabak Omicron.

    Kakitangan kesihatan juga menyaksikan ‘penularan pantas’ BA.5, yang dilihat varian Omicron paling mudah berjangkit, kata Baek.

    Korea Selatan sebelumnya memberi suntikan penggalak kedua untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas dan me-reka yang sistem imunnya terjejas.

    Para pegawai kini meluaskan kelayakan suntikan itu kepada golongan yang berusia 50 tahun ke atas dan yang mengalami penyakit sedia ada.

    Kuarantin seminggu panjang akan masih dikenakan ke atas mereka yang diuji positif. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...