Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Korea Selatan gesa rakyatnya di Ukraine bersiap sedia

    SEOUL, 25 FEB – Kedutaan Korea Selatan di Kyiv hari ini menasihati rakyatnya siap sedia menghadapi sebarang kemungkinan yang mungkin berlaku berikutan kebimbangan serangan tentera Rusia ke atas pelbagai kemudahan di Ukraine.

    “Terdapat kemungkinan kejadian huru-hara di Kyiv dan bandar-bandar utama yang lain, termasuk gangguan bekalan elektrik dan komunikasi, kebakaran dan letupan, manakala pelakunya mungkin sukar dipastikan,” menurut Kedutaan Korea Selatan dalam laman sesawangnya, lapor agensi berita Yonhap.

    Kakitangan kedutaan telah siap siaga dan sentiasa memantau keselamatan rakyat mereka, tambah kenyataan itu.

    Sehingga Khamis, seramai 64 warga Korea masih berada di negara itu dan 28 daripadanya berhasrat  kekal

    di sana, meskipun kerajaan berulang kali menasihati rakyatnya meninggalkan Ukraine, menurut kementerian luar.

    Sebelum ini, kementerian berkata pihaknya akan memindahkan kakitangan kedutaan dan rakyatnya dari Kyiv pada Jumaat dengan menggunakan jalan darat.

    Bagaimanapun, kedutaan akan terus beroperasi demi memastikan keselamatan rakyat Korea Selatan yang masih berada di Ukraine. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...