Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI – Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa lepas sebagai penting untuk memantau latihan ketenteraan ‘melulu’ Amerika Syarikat (AS) dengan Korea Selatan.

    Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Korea Utara memaklumkan pengawal pantai Jepun bahawa pelancaran itu, antara 31 Mei dan 11 Jun, mungkin menjejaskan perairan di Laut Kuning, Laut China Timur dan timur Pulau Luzon Filipina. Menteri pertahanan Jepun memberi amaran kepada pasukannya untuk menembak jatuh satelit atau serpihan, jika ada yang memasuki wilayah Jepun.

    Walaupun pesaing Korea Utara telah mengecam pelancaran yang dirancang negara itu sebagai ujian terlarang teknologi peluru berpandu balistik, adalah kurang jelas sama ada satelit itu sendiri cukup maju untuk menyokong matlamat yang dinyatakan Korea Utara untuk mengesan dan memantau aktiviti ketenteraan AS dan Korea Selatan dalam masa nyata. – AP

    Skrin TV menunjukkan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, semasa program berita di Stesen Kereta Api Seoul di Seoul, Korea Selatan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...