Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Korea Utara terus perkuat senjata nuklear

    SEOUL, 26 APRIL – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berikrar untuk memperkuat program senjata nuklear negara itu semasa berucap di perarakan tentera berprofil tinggi di Pyeongyang, lapor media kerajaan hari ini.

    “Kami akan terus mengambil langkah untuk mengukuhkan dan membangunkan keupayaan nuklear negara kami pada kadar terpantas,” kata Kim, menurut transkrip yang diterbitkan oleh Agensi Berita Pusat Korea Rasmi (KCNA).

    Menurut KCNA, Kim menyampaikan ucapan lewat Isnin pada perarakan menandakan ulang tahun ke-90 penubuhan Tentera Revolusi Rakyat Korea di Dataran Kim II Sung di Pyongyang. Korea Utara berada di bawah sekatan antarabangsa terhadap program senjata nuklearnya dan rundingan berulang kali yang bertujuan untuk meyakinkan Kim untuk menamatkannya gagal.

    Kim kelmarin berkata senjata nuklear negara adalah ‘simbol kuasa negara’ dan Korea Utara akan mengukuhkan lagi dan membangunkan tenaga nuklearnya pada kelajuan tertinggi.

    KCNA melaporkan bahawa Kim menyelia perarakan tentera yang besar pada hari Isnin, menampilkan pasukan payung terjun, mempamerkan peluru berpandu terbesar dan paling berkuasa di negara itu, dan beribu-ribu tentera berarak bersama.

    Kim berucap di acara besar itu, walaupun peranan utama senjata nuklear negara adalah sebagai penghalang, mereka ‘tidak boleh terikat kepada satu misi sahaja’.

    “Sekiranya mana-mana kuasa cuba merampas kepentingan asas negara kita, kuasa nuklear kita tidak mempunyai pilihan selain melaksanakan misi keduanya tanpa diduga,” katanya.

    KCNA berkata perarakan itu telah mempamerkan persenjataan paling canggih di Utara, termasuk Hwasong-17, yang didakwanya berjaya diuji pada 24 Mac lalu.– AFP

    Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un, menyaksikan perarakan tentera di Dataran Kim II Sung di Pyongyang, Korea Utara. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...