Sunday, April 2, 2023
30.2 C
Brunei

-

Kos pengangkutan antara faktor sumbang kenaikan harga barang Labuan

LABUAN, 18 APRIL – Caj pengangkutan dan logistik adalah antara faktor menyumbang kepada peningkatan harga barangan di pulau bebas cukai di sini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Terdapat isu yang memberi kesan kepada harga barangan pengguna di Labuan seperti logistik dan pengangkutan selain birokrasi yang menyebabkan sedikit kerumitan kepada peniaga.

“Kami akan teliti perkara ini…mungkin kita boleh cari kaedah untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan yang menyumbang kepada kenaikan harga barang di sini,” katanya kepada pemberita selepas melawat premis perniagaan di Ujana Kewangan Labuan di sini hari ini.

Nanta berkata kenaikan harga barangan bukan sahaja berlaku di Labuan tetapi di beberapa kawasan di negara ini.

“Kami akan melakukan percambahan fikiran dengan pegawai peringkat tinggi di kementerian berdasarkan maklum balas yang diterima dan hasilkan penyelesaian yang lebih baik, percayalah, ia bukan mudah kerana terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kenaikan harga barang yang mungkin di luar kawalan kementerian,” katanya. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -