Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kritik kerajaan, aktivis Vietnam dipenjara

    HANOI, 31 DIS – Mahkamah Vietnam hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas seorang aktivis kerana mengkritik kerajaan di media sosial, aktivis kelima yang dipenjarakan dalam beberapa minggu kebelakangan ini oleh negara itu.

    Le Trong Hung, 41, merupakan bekas guru sekolah menengah yang dipenjarakan kerana hantaran mengkritik kerajaan di Facebook, sebelum ini pernah berkempen sebagai calon bebas pilihan raya undangan negeri pada Mei, namun ditolak oleh pihak berkuasa.

    Dia ditangkap pada Mac dan dibicarakan hari ini kerana ‘membuat, menyimpan, mengedar atau menyebarkan maklumat dan dokumen yang bertujuan untuk menentang Vietnam’.

    Menurut peguam, Ha Huy Son, Trong Hung diberi hukuman penjara lima tahun dan perintah percubaan lima tahun pada perbicaraan di Hanoi yang berlangsung hanya setengah hari.

    Laporan media kerajaan mendakwa, Trong Hung menggunakan media sosial untuk ‘menerbitkan penulisan atau strim langsung penyelewengan dan penghinaan terhadap kerajaan’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...