Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kumpulan Milimewah umum 20 pemenang cabutan bertuah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Kumpulan Milimewah terus menghargai pelanggannya dengan mengadakan cabutan bonus kedua bagi Kempen Cabutan Bertuah Berbelanja dan Menang yang berlangsung di Utama Grand Superstore, Gadong, secara maya, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan Kumpulan Milimewah, di sini, acara cabutan yang telah ditayangkan secara langsung melalui akaun Facebook Kumpulan Milimewah itu adalah bagi penyertaan dari 1 Februari hingga penghujung Mac 2022 untuk 20 orang pelanggan yang terpilih dalam undian tersebut.

    Cabutan nama-nama pemenang bertuah dilaksanakan oleh Pengarah Kumpulan Milimewah, Dayang Rosmahwati binti Haji Buntar; Pengurus Besar Kumpulan Milimewah, Cheong Hoy Loon dan Penolong Pengurus Besar Kumpulan Milimewah, Benny Ng Kok Wei.

    Setiap pemenang yang terpilih membawa pulang hadiah berupa baucar membeli-belah bernilai $200 dan pulangan penuh bagi resit pemenang serta satu JUMM Family Card setiap seorang di mana bagi cabutan bonus kali ini jumlah terkumpul sebanyak $456.98 telah dipulangkan kepada para pemenang

    Kenyataan menambah bahawa setakat ini, sebanyak 40 pemenang cabutan bertuah telah diundi sebagai sebahagian daripada siri cabutan bonus bagi kempen tersebut.

    Dalam pada itu, resit-resit yang menang juga akan disertakan dalam cabutan utama di mana mereka juga akan berpeluang memenangi baucar membeli-belah sehingga $4,000.

    Untuk menyertai kempen ini, para pelanggan boleh membuat pembelian dalam apa jua jumlah dan menyerahkan borang penyertaan di mana-mana cawangan Jaya Hypermart, Milimewah Department Store, Utama Grand Superstore atau M-Porium Jaya Department Store mulai sekarang hingga 31 Julai 2022. Sementara bagi ahli JUMM juga akan mendapat penyertaan berganda bagi setiap pembelian yang dibuat.

    Cabutan bonus seterusnya akan diadakan pada Jun 2022 dan cabutan utama pula bakal berlangsung pada 17 September.

    Benny Ng Kok Wei menyerahkan hadiah berupa baucar membeli-belah kepada salah seorang pemenang cabutan bertuah.- Gambar serahan Kumpulan Milimewah
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...