Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Kunjungan muhibah Duta China

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China terus mengukuhkan lagi hubungan persahabatan, kerjasama dua hala serta mengembangkan lagi ikatan kerjasama yang ada dalam pelbagai bidang termasuk kebudayaan, perdagangan dan pendidikan.

    Hubungan dua hala di antara kedua-dua buah negara berkenaan telah berkembang dengan positif sepanjang tempoh perkhidmatan Duta Besar Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Yu Hong yang akan menamatkan perkhidmatannya.

    Sehubungan itu, PYT Yu Hong telah mengadakan kunjungan muhibah ke Dewan Perniagaan Tionghua Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Pada majlis berkenaan, Presiden Dewan Perniagaan Tionghua Bandar Seri Begawan, Malcolm Lim Tiong Han @ Lim Peh Beng menyatakan penghargaan bagi segala usaha PYT Yu Hong untuk meningkatkan lagi hubungan perdagangan dengan usahawan-usahawan kedua-dua buah negara.

    Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada PYT Yu Hong.

    PYT Yu Hong (tiga dari kiri) menerima cenderahati yang disampaikan oleh Malcolm Lim (enam dari kanan) semasa kunjungan muhibah, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...