Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Laine harap tampil keupayaan sebenar bersama Harimau Malaya

    JOHOR BAHRU, 20 MAC – Pemain warisan Malaysia-Finland, Nooa Laine, berharap panggilan pertamanya menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya akan menjadi platform untuk menunjukkan keupayaannya,sekali gus mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

    Pemain berusia 20 tahun, yang baharu menyertai kelab SJK Akatemia di Liga Divisyen 1 Finland, dikatakan diiktiraf oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, adalah sesuatu yang baik dan berasa bangga berada dalam senarai 27 pemain.

    “Saya mahu menyertai kesebelasan utama, jika tidak sekarang, mungkin pada masa depan, saya akan menjadi sebahagian daripada pasukan dan mahu menunjukkan nilai yang ada pada diri saya untuk membantu pasukan.

    “Sudah tentu ia sukar sekarang, saya hanya berlatih sekali dengan pasukan, bukan dengan semua pemain. Tetapi akhirnya, itu yang saya mahu lakukan, untuk membantu pasukan Harimau Malaya,” katanya kepada pemberita pada sesi latihan pusat di Padang Sri Gelam, semalam. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...