Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lebih 100,000 pelancong asing tiba di Filipina

    MANILA, 18 MAC – Lebih 100,000 pelancong asing tiba di Filipina sejak negara Asia Tenggara itu membuka semula sempadannya bulan lalu, kata kerajaan hari ini.

    Negara terkenal dengan pantai-pantainya yang putih bersih itu membenarkan warga asing divaksinasi penuh dari negara bebas visa dengannya dan kawasan-kawasan lain memasuki negara itu dalam Februari.

    Bulan ini, ia melonggarkan lagi sekatan COVID, membenarkan kemasukan kepada semua warga asing yang divaksin penuh.

    “Pelancong memasuki negara ini mencecah 102,031 setakat 16 Mac, satu jumlah yang agak tinggi bagi negara sejak penutupan sempadannya pada awal pandemik pada Mac 2020,” kata Setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat.

    Puyat melahirkan optimisme kedatangan pelancong asing pasti akan ‘menghidupkan semula sektor’ yang terjejas teruk oleh pandemik itu.

    “Kami gembira melihat pembukaan semula beransur-ansur sempadan kami akhirnya membuahkan hasil dengan bukti ketibaan pelancong asing yang lebih tinggi,” katanya,

    berharap pembukaan semula itu akan menjana lebih banyak peluang pekerjaan dan kehidupan lebih baik kepada warga Filipina dalam sektor pelancongan.

    Pandemik telah menjejaskan teruk sektor pelancongan di Filipina, memaksa hotel dan syarikat penerbangan memecat pekerja. Hampir 1.1 juta pekerja terjejas dalam sektor pelancongan di seluruh negara. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...