Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Lebih 50 peratus celik IT

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Bagi menilai tahap literasi digital dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kalangan rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam, kaji selidik ICT telah dijalankan setiap tiga tahun.

    Penemuan awal dari kaji selidik terkini yang telah dijalankan pada penghujung 2022 menunjukkan sebanyak 54 peratus daripada responden mempunyai kemahiran ICT asas.

    Selain itu, sebanyak 61 peratus daripada responden adalah di tahap standard iaitu kemahiran menggunakan formula arithmetic asas dalam spreadsheet seperti Excel, menyambung dan memasangkan peranti baharu, mencipta bahan pembentangan dengan perisian seperti Power Point. Manakala itu, 23 peratus daripada responden adalah di tahap kemahiran lanjutan.

    Statistik itu dikongsikan oleh Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha dalam menggariskan usaha mempromosikan keterangkuman digital dan dalam meningkatkan kemahiran ICT bagi rakyat dalam menjawab persoalan dan saranan yang dikemukakan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Chong Chin Yee berhubung kait literasi digital dan indeks digital bagi rakyat, di Dewan Majlis, kelmarin.

    Menurut Yang Berhormat Pengiran Dato, hasil kaji selidik berkenaan akan diterbitkan dalam masa terdekat ini setelah kerja-kerja penganalisaan data selesai dan dikemaskinikan.

    “Dari laporan kaji selidik pada 2019 didapati sebanyak 95 peratus daripada responden menggunakan Internet setiap hari,” tambahnya.

    Beliau seterusnya menjelaskan mengenai pengemaskinian Key Success Measures berhubung kecekapan digital yang juga terkandung di dalam Pelan Induk Ekonomi Digital.

    Menurut beliau, ia adalah sebagai pemboleh untuk melengkapi sekurang-kurangnya kemahiran asas digital adalah tercapai bagi mengesyorkan negara kitani digital in future ready society. Selain itu, Yang Berhormat Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi juga mengongsikan bahawa terdapatnya usaha lain iaitu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam menerapkan kemahiran ICT dengan lebih awal di tahap pendidikan rendah.

    Semasa perbahasan itu, beliau juga telah mengongsikan statistik terkini yang diterbitkan oleh Brunei Computer Emergency Responds Team (BruCERT) di mana Brunei telah merekodkan sebanyak 2,979 serangan.

    “Berikutan dengan itu, beberapa kempen kesedaran keselamatan siber telah diungkayahkan oleh Cyber Security Brunei (CSB) melalui BruCERT dan dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan seperti AITI, pejabat-pejabat daerah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Jabatan Penerangan dan juga Jabatan Pembangunan Masyarakat,” kata beliau.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah ditutup di Manipur, India susulan hujan lebat

    NEW DELHI, 6 MEI - Semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan kolej akan kekal ditutup di negeri Manipur, timur laut India sehingga esok berikutan...