Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Lebih ramai rakyat NZ jadi mangsa penipuan

    WELLINGTON, 19 SEPT – Lebih ramai rakyat New Zealand menjadi mangsa penipuan berbanding sebelum ini, menurut kajian baharu Bank of New Zealand (BNZ) yang dikeluarkan hari ini, lapor agensi berita Xinhua.

    Tahun lepas, empat daripada lima orang telah menjadi sasaran penipuan dan lebih satu per empat daripadanya terpedaya, meningkat tujuh peratus daripada tahun sebelumnya.

    Perniagaan turut menjadi sasaran dengan 47 peratus daripada mereka menjadi mangsa pada tahun lepas, meningkat 21 peratus berbanding tahun sebelumnya. Kajian itu dibuat semasa bank melancarkan Minggu Kesedaran Penipuan tahunannya untuk meningkatkan kesedaran, membantu orang ramai mengenal pasti penipuan dan kekal selamat online.

    Ketua Jenayah Kewangan BNZ, Ashley Kai Fong berkata penipuan semakin meningkat dan meninggalkan kesan kemusnahan terhadap warga New Zealand. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...