Sunday, May 19, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Leclerc dihukum penalti 10 kedudukan di Jeddah

    PARIS, 16 MAC – Pemandu Ferrari, Charles Leclerc (gambar-AP) semalam dikenakan penalti 10 kedudukan petak permulaan bagi aksi Grand Prix Arab Saudi hujung minggu ini.

    Keputusan itu diambil oleh pengendali Formula Satu (F1), FIA selepas Ferrari terpaksa menukar unit kuasa mereka sebanyak dua kali pada jentera Leclerc ketika saingan pembuka tirai di Bahrain.

    Ferrari kemudian menggunakan unit kuasa ketiga bagi perlumbaan di Arab Saudi yang melanggar peraturan dengan hanya dua perubahan dibenarkan dalam keseluruhan musim.

    Leclerc, yang kini ketinggalan 25 mata di belakang juara dua kali dunia, Max Verstappen yang memandu Red Bull selepas gagal menamatkan perlumbaan di Bahrain, berdepan hukuman lebih teruk jika banyak peralatan baharu digunakan di jenteranya menjelang perlumbaan Ahad ini di Jeddah.

    Prinsipal baharu Ferrari, Fred Vasseur menjelaskan apa yang tidak kena dengan pasukan Scuderia itu di Bahrain.

    “Pada Ahad kami ada dua isu berbeza,” katanya kepada Formula1.com.

    “Yang pertama pada pagi Ahad, apabila kami menghidupkan enjin dan yang kedua ialah ketika perlumbaan. Malangnya ia dua kali membabitkan unit kawalan, ECU.

    “Ia sesuatu yang kami tidak pernah alami sebelum ini. Saya harap ini kini di bawah kawalan, tapi kami akan membuat analisis mendalam mengenainya.”

    Bekas ketua Alfa Romeo yang mengambil tempat Matteo Binotti sebaik tamat kempen musim lalu itu menambah: “Malangnya kami perlu menerima penalti di Jeddah, kerana kami hanya ada dua unit kawalan untuk semusim.”

    Di Bahrain, Leclerc berada di kedudukan ketiga dengan selesa apabila merasai kekurangan kuasa pada pusingan ke-47 dan menamatkan aksi ketika Verstappen menang mengatasi Sergio Perez bagi kedudukan 1-2. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Tiada peralihan tenaga tanpa China- CEO Siemens Energy

    BEIJING, 19 MEI - Peralihan tenaga tanpa China tidak berfungsi, Christian Bruch, ketua pegawai eksekutif (CEO) Siemens Energy, memberitahu pemberita minggu ini, sambil menegaskan...