Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lelaki bersenjata samun 200 pakaian raya

    ISLAMABAD, 29 APRIL – Lelaki bersenjata merompak lebih 200 pakaian yang dihasilkan untuk pelanggan daripada seorang tukang jahit Pakistan, menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri bagi menandakan berakhirnya Ramadan, kemudian mengikat dan membelasah kakitangannya.

    Mangsa, Muhammad Razzaq memberitahu AFP bahawa dua lelaki bersenjata merempuh masuk ke kedainya di Islamabad sebelum melarikan lebih 240 shalwar kameez, pakaian kebangsaan Pakistan, yang siap atau hampir siap.

    “Polis masih tidak dapat mencari sebarang petunjuk berkaitan lelaki yang menjadikan Aifilfitri ini sebagai mimpi ngeri buat saya,” kata Razzaq.

    Kerugian yang dianggarkan bernilai lebih 720,000 rupees (hampir AS$4,000), tambahnya.

    Rakyat Pakistan, dan umat Islam di seluruh dunia, selalunya menyambut cuti Aidilfitri dengan mengenakan pakaian baharu dan barang perhiasan. – AFP

    Muhammad Razzaq semasa berada di kedainya. Lebih 200 helai pakaian telah disamun oleh lelaki bersenjata menjelang cuti Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...