Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kekerapan penerbangan ke Sarawak semakin memberangsangkan

    KUCHING, 29 APRIL – Kekerapan penerbangan pra-pandemik ke Sarawak kini telah lebih 90 peratus kembali kepada kekerapan biasa, yang pastinya akan memberi manfaat kepada sektor pelancongan Sarawak semasa negara sedang melalui Fasa Peralihan ke Endemik.

    Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ini adalah perkembangan yang cukup memberangsangkan, terutama ke arah mencapai sasaran 1.2 juta ketibaan pelancong ke Sarawak tahun ini.

    “Saya percaya kita boleh capai sasaran (1.2 juta ketibaan pelancong ke Sarawak) dengan melihat kepada jumlah penerbangan dan pelawat yang masuk. Kami berharap untuk melihat lebih banyak laluan terus baharu dan peningkatan kekerapan penerbangan terus terutamanya dari Singapura, Brunei dan Indonesia,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...