Wednesday, May 22, 2024
30.1 C
Brunei

    -

    Lelaki temui emas, wang di longgokan sampah

    TEHRAN, 9 APRIL – Seorang lelaki Iran menjumpai sebuah beg berisi emas dan wang ringgit ketika ia sedang meyelongkar di tempat tong sampah dan mengembalikannya kepada pemiliknya, lapor sebuah akhbar tempatan kelmarin.

    “Ibu bapa saya mengajar saya bahawa awda harus memulangkan harta milik orang lain apabila awda menemuinya,” penduduk Aligudarz, sebuah bandar di barat Iran, dipetik sebagai memberitahu akhbar harian, Etemad.

    Lelaki berusia 52 tahun itu menjumpai beg itu bulan lalu ketika mencari melalui tong sampah yang diletakkan di jalanan, kata laporan itu.

    “Apabila saya mula menyusun sampah, saya menyedari bahawa di dalam beg terdapat emas dan dolar” yang nilainya dianggarkan AS$31,000, akhbar itu memetiknya sebagai berkata, tanpa nama.

    “Saya menyimpan emas ini dan dolar ini selama beberapa hari, tetapi saya tidak dapat menyimpannya untuk diri saya sendiri,” kerana takut melanggar prinsip kejujuran yang telah ditanamkan dalam dirinya, tambahnya.

    Dia bukan jenis orang yang mengambil keuntungan daripada kesulitan orang lain, katanya dia berhasil menjejaki pemilik beg itu kerana terdapat kad bank di dalamnya, menurut Etemad.

    Kisah tidak mementingkan diri adalah lebih menarik memandangkan cabaran ekonomi negara yang dilanda sekatan, di mana media tempatan mengatakan inflasi tahunan melebihi 40 peratus.

    Aset itu adalah milik seorang wanita berusia 50an yang cucunya membuang beg itu dengan menyangka ia mengandungi sampah, kata Etemad. – AFP

    Gambar freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun

    TEHRAN, 21 MEI - Selepas meneliti masa proses pilihan raya, ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih presiden baharu,...