Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Letupan bom di Pakistan ragut 9 jiwa

    QUETTA, PAKISTAN, 6 MAC – Seorang pengebom berani mati membunuh sembilan pegawai polis dan mencederakan 16 yang lain hari ini dalam serangan ke atas trak mereka di barat daya Pakistan, kata pegawai.

    Pasukan keselamatan telah meme-rangi pemberontakan selama bertahun-tahun oleh militan di Balochistan menuntut bahagian yang lebih besar daripada kekayaan wilayah itu, serta serangan oleh Taliban Pakistan (TTP).

    “Pengebom berani mati itu menunggang motosikal dan melanggar trak dari belakang,” kata pegawai kanan polis Abdul Hai Aamir kepada AFP.

    Insiden itu berlaku berhampiran Dhadar, bandar utama daerah Kachhi, kira-kira 120 kilometer (75 batu) tenggara Quetta di Balochistan.

    Gambar selepas itu menunjukkan trak polis itu terbalik di atas jalan dengan ting-kapnya pecah.

    Ketua polis daerah Kachhi, Mehmood Notezai memberitahu AFP bahawa para pegawai itu kembali dari pertunjukan lembu selama seminggu di mana mereka telah menyediakan kawalan keselamatan.

    Tiada tuntutan bertanggungjawab untuk serangan itu.

    “Keganasan di Balochistan merupakan sebahagian daripada agenda jahat untuk menggugat kestabilan negara,” kata Perdana Menteri, Shehbaz Sharif dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabatnya.

    Bulan lalu lima orang maut apabila skuad berani mati TTP menyerbu pekarangan polis di bandar pelabuhan Karachi.

    Ia berlaku hanya beberapa minggu selepas letupan bom di masjid polis di bandar barat laut Peshawar membunuh lebih 80 pegawai serangan yang didakwa oleh kumpulan yang kadangkala bergabung dengan TTP. – AFP

    Pegawai keselamatan memeriksa tapak selepas pengeboman berani mati ke atas trak polis berhampiran Dhadar, bandar utama daerah Kachhi, kira-kira 120 kilometer tenggara Quetta di wilayah Balochistan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...