Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Kumpulan jenayah siber antarabangsa tumpas

    BERLIN, 6 MAC – Polis Jerman mengumumkan hari ini bahawa mereka telah berjaya menumpaskan kumpulan jenayah siber antarabangsa yang telah mengeluarkan wang berjuta-juta euro daripada syarikat dan institusi besar selama bertahun-tahun.

    Bekerjasama dengan penguatkuasa undang-undang termasuk Europol, Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat dan pihak berkuasa di Ukraine, polis di Duesseldorf mengatakan mereka berjaya mengenal pasti 11 individu yang berkaitan dengan kumpulan tersebut yang telah beroperasi sejak sekurang-kurangnya 2010.

    Antara mangsa paling terkenal ialah Hospital Universiti Duesseldorf, yang komputernya dijangkiti dengan jenis perisian virus yang dikenali sebagai DoppelPaymer pada tahun 2020. Insiden ini mengakibatkan seorang pesakit wanita yang memerlukan rawatan kecemasan meninggal dunia selepas dia perlu dibawa ke bandar lain untuk menerima rawatan.

    Dirk Kunze, yang menguruskan jabatan jenayah siber dengan polis negeri North Rhine-Westphalia, mengatakan sekurang-kurangnya 601 mangsa telah dikenal pasti di seluruh dunia, termasuk 37 di Jerman. Europol mengatakan mangsa di Amerika Syarikat membayar sekurang-kurangnya 40 juta euro kepada kumpulan tersebut antara Mei 2019 dan Mac 2021.

    Kumpulan itu mengkhususkan jenayah mereka dalam ‘permainan besar,’ kata Kunze, dan menjalankan operasi pengambilan pekerjaan secara profesional, menarik ahli-ahli baru dengan janji cuti dibayar dan meminta pemohon untuk mengemukakan rujukan untuk jenayah siber masa lalu.

    Beliau berkata polis menjalankan serbuan serentak di Jerman dan Ukraine pada 28 Februari, merampas bukti dan menahan beberapa suspek. Tiga lagi, yang dua daripadanya warga Russia, tidak dapat ditangkap kerana mereka berada di luar jangkauan penguatkuasaan undang-undang Eropah, kata Kunze. – AP

    Menteri Dalam Negeri Sepanyol, Fernando Grande-Marlaska pada 8 Februari menyokong sepenuhnya untuk membanteras jenayah siber memberikan polis kakitangan tambahan, pembiayaan dan sumber untuk menangani jenayah siber. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...