Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Messi Pemain Terbaik fifa

    PARIS, 28 FEB – Lionel Messi memenangi anugerah pemain lelaki terbaik FIFA 2022 kelmarin selepas berjaya membantu Argentina muncul juara Piala Dunia dan pemain Sepanyol, Alexia Putellas mengekalkan kemenangan untuk kategori wanita pada majlis di Paris.

    Messi menewaskan rakan sepasukannya di Paris Saint-Germain (PSG) dan saingan perlawanan akhir Piala Dunia, Kylian Mbappe serta pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema juga tercalon untuk anugerah itu.

    Ia adalah kali kedua Messi memenangi anugerah yang diperkenalkan FIFA pada 2016 selepas badan induk bola sepak dunia itu menamatkan kerjasama dengan penganjur Ballon d’Or, France Football.

    Anugerah yang diundi oleh jurulatih dan kapten pasukan kebangsaan, wartawan serta peminat, menobatkan Messi sebagai pemenang selepas bekas bintang Barcelona itu melengkapkan karier gemilangnya dengan kejayaan di Piala Dunia tahun lalu.

    Messi menjaringkan dua gol dalam aksi final di Doha ketika Argentina menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti tatkala Mbappe menjaringkan hatrik untuk Les Bleus bagi mengikat kedudukan 3-3.

    Dia juga meraih Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan, mengatasi Mbappe yang muncul sebagai penjaring terbanyak dengan lapan gol, lebih satu daripada Messi.

    “Tahun ini adalah yang terhebat bagi saya kerana dapat mencapai impian yang saya perjuangkan selama ini.” – AFP

    Lionel Messi semasa menerima anugerah Pemain Lelaki Terbaik FIFA semasa majlis Anugerah Bola Sepak FIFA Terbaik 2022 di Paris. – AFP

     

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...