Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Libatkan belia dalam aktiviti penanaman pokok

    Oleh Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Sebagai sebahagian daripada Program Belia bulanannya, Global Awareness and Impact Alliance (GAIA) telah mengadakan acara menanam pokok di Kebun Tang Salangan, Tungku, baru-baru ini. 

    Acara tersebut disertai oleh kira-kira 15 orang belia berusia 13 hingga 17 tahun yang merupakan peserta di bawah Program Siri Belia, program tiga peringkat yang direka oleh GAIA.

    Program berkenaan direka untuk melengkapkan belia dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk membina daya tahan dan keyakinan diri demi masa depan yang lebih stabil dengan pengajaran-pengajaran berlainan diajar menerusi aktiviti-aktiviti bulanan GAIA. 

    Acara menanam pokok berkenaan pula direka untuk meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim dan kepentingan mengekalkan persekitaran sihat bagi generasi akan datang.

    Susulan aktiviti itu, para peserta akan mengikuti Kem WIRA dan kemudiannya Sidang Kemuncak Kepimpinan Belia, sebelum diakhiri dengan Program Mentoring.

    Aktiviti penanaman pokok berkenaan juga dijalankan dengan kerjasama pertubuhan alam sekitar tempatan, Green Brunei dan Persatuan Pengakap Daerah Brunei dan Muara yang membangunkan dan menyelenggarakan Kebun Tang Salangan sebelum dibuka rasmi kepada awam.

    Hadir semasa aktiviti berkenaan ialah Pengarah Siri Belia GAIA, Dayangku Nadeeya binti Pengiran Haji Mohd Salleh serta Pengasas Bersama dan ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari.

    Antara belia yang menyertai aktiviti itu.
    Para belia terlibat dalam aktiviti pemenanam anak pokok buah yang dijalankan di Kebun Tang Salangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...