Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Liberia benarkan dua kerakyatan

    MONROVIA, 24 JULAI – Liberia telah membenarkan dua kerakyatan dalam pindaan undang-undang yang baru diluluskan, sekali gus mengubah larangan yang dianggap oleh sesetengah pihak sebagai hipokrit memandangkan ramai golongan elit memegang kerakyatan Amerika Syarikat (AS) secara rahsia.

    Rang undang-undang itu, ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden George Weah pada Jumaat dan disahkan oleh AFP hari ini, telah diluluskan oleh Dewan Perwakilan dan Senat Selasa lalu.

    Ia meminda undang-undang kerakyatan negara Afrika Barat, yang membenarkan rakyat Liberia kekal menjadi rakyat selepas memperoleh kerakyatan kedua.

    Liberia, negara yang ditubuhkan oleh warga Amerika – mempunyai ramai penghijrah yang menetap di AS. Kira-kira 100,000 orang yang lahir di Liberia menetap di AS di antara 2008 dan 2012, menurut data bancian AS.

    Bagaimanapun, rakyat dengan dua kerakyatan, dilarang daripada berkhidmat sebagai presiden Liberia, menteri kewangan atau gabenor bank pusat dan menyandang jawatan tinggi dalam agensi keselamatan negara atau penguatkuasaan undang-undang.

    “Jika seseorang berhasrat bertanding dalam pilihan raya, dia mesti melucutkan kerakyatan negara lain sekurang-kurangnya setahun sebelum memohon kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Negara,” menurut rang undang-undang.

    Di bawah undang-undang baharu, mana-mana rakyat kulit hitam kini boleh mendapatkan kerakyatan Liberia menerusi perkahwinan, pengambilan anak angkat atau jika mereka lahir di negara itu atau kepada ibu bapa warga Liberia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...