Friday, May 3, 2024
30.3 C
Brunei

    -

    Lima pemenang terima hadiah cabutan Baiduri

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 MEI – Bank Baiduri telah mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada lima pemenang cabutan bulanan pertama dalam kempen A Saving Habit That Rewards di Atrium Ibu Pejabat Bank Baiduri pada petang kelmarin.

    Kempen itu memberi peluang kepada semua pelanggan runcit baharu dan sedia ada Bank Baiduri dan Baiduri Finance untuk menang dalam cabutan bulanan dengan hadiah wang tunai $1,000.

    Cabutan bulanan berlangsung dari 1 April 2023 hingga 30 September 2023 dan setiap kenaikan $500 dalam jumlah purata baki harian pelanggan akan membolehkan mereka berpeluang menang. Kempen ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Bank Baiduri untuk menyemai budaya menabung dalam kalangan masyarakat dan mendidik orang ramai tentang kepentingan menyimpan.

    Ketua Perbankan Runcit, Bank Baiduri, Lim Kian Chong menyampaikan hadiah kepada lima pemenang dan menyatakan kempen ini memberikan insentif dan ganjaran serta mendidik masyarakat tentang kepentingan menyimpan.

    Salah seorang pemenang, Pengiran Mohd Fahrizul, 37, menyatakan bahawa dia tidak percaya nasibnya selepas membuat satu deposit pada bulan April lalu dan bersyukur kerana memenangi hadiah ini hanya dengan membuat satu deposit ke dalam akaun simpanannya.

    Lima pelanggan akan dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai sebanyak $1,000 dalam setiap cabutan bulanan dan cabutan besar akan berlangsung pada penghujung tempoh promosi di mana tiga pemenang masing-masing akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak $50,000, $20,000 dan $10,000.

    Pelanggan boleh melayari laman web rasmi bank di www.baiduri.com untuk maklumat lanjut mengenai promosi Bank Baiduri.

    Para pemenang cabutan bulanan pertama dalam kempen tersebut bergambar ramai di Atrium Ibu Pejabat Bank Baiduri. – Gambar serahan Bank Baiduri

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...