Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Lima penderma darah terbaik diiktiraf

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Bersempena Hari Penderma Darah Sedunia 2022, Kompleks Membeli-belah Mabohai dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) telah mengadakan kempen derma darah di bangunan kompleks berkenaan, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang diterima daripada kompleks tersebut, sebanyak 87 pain darah telah berjaya dikumpulkan daripada para penderma yang berkunjung ke kompleks berkenaan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan bermula dari 10 pagi sehingga 3 petang.

    Acara turut diserikan dengan majlis penganugerahan kepada lima orang penderma darah terbaik Negara Brunei Darussalam yang terdiri daripada Haji Abdullah bin Haji Munchit dengan mencatatkan 193 sumbangan; Haji Moksin bin Haji Karim dengan 156 sumbangan; Haji Rosli bin Haji Abd Ghani dengan 155 sumbangan; Mejar Haji Idris bin OKMB Haji Othman dengan 152 sumbangan; dan Tung Yiu Hung dengan 150 sumbangan.

    Pengurus Kompleks Membeli-belah Mabohai, Yee-Man Cheng bergambar bersama lima penderma darah terbaik pada majlis yang berlangsung di Kompleks Membeli-Belah Mabohai baru-baru ini. – Gambar serahan Kompleks Membeli-Belah Mabohai
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...