Sunday, April 28, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    LIMA’23 dijangka peroleh kontrak RM8 bilion

    KUALA LUMPUR, 16 JAN – Kementerian Pertahanan (MINDEF) menganggarkan kontrak program perolehan dan kerjasama industri bernilai RM7 bilion hingga RM8 bilion, menerusi Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23).

    Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini kerana pameran LIMA’23, merupakan tempat pemain industri pertahanan untuk berkumpul dan bertukar pandangan di seluruh dunia.

    Beliau berharap pada pameran LIMA’23, lebih banyak perjanjian persefahaman ditandatangani kerana LIMA’23 bukan sahaja tempat untuk melihat pameran, malah ia tempat untuk perdagangan antarabangsa.

    “Jumlah berkenaan (RM7 bilion ke RM8 bilion) merupakan anggaran, jika kita lihat pada pameran LIMA’19, MINDEF berjaya memperoleh lebih RM4 bilion.

    “Penganjuran pameran LIMA’23, merupakan pameran yang dinantikan setelah empat tahun ia tidak dilaksanakan kerana wabak COVID-19,” katanya dalam sidang media selepas pelancaran pameran LIMA’23 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia, di sini, hari ini. – Bernama

    Datuk Seri Mohamad Hasan (kiri) and Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada siding media selepas pelancaran LIMA 2023 di MITEC kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...