Monday, May 6, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Lisa teman ibu ke pasar jadi perhatian

    Kecoh di media sosial apabila kelibat anggota kumpulan Blackpink iaitu Lisa dilihat berada di sebuah pasar di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

    Namun apa lebih menjadi perhatian adalah ramai kagum melihat gelagat Lisa yang bersahaja menemani ibunya membeli-belah di pasar berkenaan walaupun dia seorang bintang terkenal dunia.

    Tampil dengan seluar jean, kemeja-T berwarna putih dan berselipar, Lisa disifatkan cukup merendah diri apabila pulang ke negara asalnya.

    Tidak hanya itu, Lisa turut membantu ibunya membawa barang-barang yang dibeli sambil memeluk seikat sayur-sayuran yang dibalut dengan surat khabar.

    Apa lebih penting, kemunculan Lisa itu tidak ditemani sebarang pengawal peribadi dan penyanyi itu kelihatan santai dan gembira dapat meluangkan masa berkualiti bersama ibunya.

    Ramai menganggap Lisa seorang anak yang baik dan ia cara dia meluahkan rasa sayang terhadap ibunya.

    “Lisa anak yang baik, memang nampak mak dia besarkan dia dengan cara Asia.

    “Lisa sangat merendah diri ya padahal dia bintang terkenal,” antara komen warganet. – Agensi

    Peminat puji Lisa seorang anak yang taat dan penyayang. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kerjasama pragmatik China-Serbia berasaskan persahabatan sejati – Presiden Serbia

    BEIJING, 6 MEI - Hubungan Serbia-China yang mendahului negara lain tidak dapat berpisah daripada kerjasama pragmatik dan persahabatan kukuh antara kedua-dua negara, kata Presiden...