Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Luminox perkenal jam tangan edisi terhad

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 NOV – Luminox memperkenalkan hasil ciptaan ikonik terbaharu, Luminox Navy SEAL Gold – 3505GP baru-baru ini.

    Menurut kenyataan Luminox, jam tangan baharu itu adalah susulan kepada Navy SEAL Gold Series.

    Ia sentiasa menggunakan warna emas untuk melambangkan kejayaan dan pencapaian yang bersesuaian dengan Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) SEALS, salah satu unit elit Tentera Laut AS.

    Keberanian, keyakinan dan keazaman mendefinisikan kumpulan tentera elit ini dan kini Luminox menekankan ciri-ciri berkenaan dalam hasil ciptaan terbaharu itu.

    Jam tangan itu terhad kepada 1,200 utas, dan seperti versi sebelumnya, ia mempunyai susunan menonjol yang memaparkan permukaan jam dan tombol berwarna emas, dengan set tali nilon dan getah untuk kefleksibelan dan fungsi tambahan.

    Jam tangan Navy SEAL Gold 3505GP menampilkan sarung berbentuk penyu bertujuan memberikan perlindungan tambahan kepada permukaan jam.

    Nombor atau bezel dalam warna emas boleh dilihat dengan jelas dan dibuat daripada bahan Carbonox supaya lebih tahan.

    Seperti jam tangan Luminox lain, ia menggabungkan teknologi Pencahayaan Luminox, memastikan ia dapat dilihat dengan jelas dalam mana-mana keadaan cahaya sehingga 25 tahun.

    Dengan pergerakan kuarza buatan Swiss, setiap jam tangan diuji secara individu untuk kalis air sehingga 200 meter.

    Selain itu, Luminox Navy SEAL Gold baharu ini direka khas untuk aktiviti paling berisiko SEAL, daripada berenang dalam kegelapan malam kepada memasuki kawasan musuh ketika menjalankan misi menyelamat, dan mampu bertahan mana-mana cabaran yang mungkin dihadapi.

    Jam tangan Navy SEAL Gold 3505 GP yang diperkenalkan Luminox baru-baru ini. – Gambar serahan Luminox
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...