Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Macedonia Utara ampunkan pesalah COVID

    SKOPJE, MACEDONIA UTARA, 21 MAC – Parlimen Macedonia Utara telah mengambil pendekatan meminda undang-undang untuk mengampunkan pesalah yang menghadapi hukuman penjara kerana melanggar peraturan keselamatan COVID.

    Ahli parlimen mengundi lewat kelmarin dengan sokongan 76-1 untuk pengampunan yang akan mempengaruhi lebih daripada 200 orang yang sedang menghadapi perbicaraan serta lebih daripada 90 orang yang dilaporkan menjalani hukuman penjara.

    Macedonia Utara mempunyai salah satu kadar kematian tertinggi di dunia akibat koronavirus, sebahagian kerana kelambatan akses kepada vaksin. Negara itu mengenakan hukuman yang ketat bagi pelanggaran keselamatan, atas tuduhan mengakibatkan penularan penyakit berjangkit dan kegagalan mematuhi peraturan kesihatan semasa pandemik.

    Menurut data mahkamah, 1,223 orang didenda sehingga 2,000 euro kerana melanggar protokol pandemik, dan 205 daripadanya menghadapi masa penjara kerana gagal membayar denda.

    Pengampunan ini, yang dikenakan kepada warganegara dan bukan entiti undang-undang, akan membolehkan mereka yang sudah menjalani hukuman penjara untuk memohon pembebasan segera.

    Pengampunan ini dicadangkan mengikuti usul daripada pihak berkuasa penjara dan pendakwaan untuk mengurangkan kepadatan jumlah banduan di dalam penjara. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...