Thursday, May 9, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Al-Azhar Al-Syarif Sedunia

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Al-Syarif Brunei Darussalam hari ini telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Al-Azhar Al-Syarif Sedunia yang disambut pada setiap 7 Ramadan, di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, STKRJ Kampung Rimba.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Ra’es Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Haji Yusuf, ahli-ahli kehormat, jawatankuasa eksekutif dan Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar serta para Alumni Universiti Al-Azhar.

    Bersama memeriahkan majlis berkenaan ialah Ketua Kampung STKRJ Kampung Rimba, ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berserta penduduk kampung.

    Majlis sambutan pada tahun ini turut menyantuni seramai 50 orang anak yatim dengan penyerahan derma yang disempurnakan oleh Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz sebelum dilanjutkan dengan Majlis Tadarus Al-Quran dan Tahlil.

    Doa Kesyukuran dan Doa Peliharakan Sultan pula dibacakan sebelum diakhiri dengan iftar bersama solat Fardu Maghrib berjemaah.

    Majlis berkenaan merupakan sebagai tanda syukur atas penubuhan Universiti Al-Azhar Al-Syarif yang telah mula beroperasi pada tahun 361H/971M. Di samping itu ia juga sebagai mengenang jasa para ilmuwan yang telah banyak menyumbang bakti kepada kemajuan negara khususnya dalam bidang keagamaan sehingga identiti keislaman mekar dan berkembang.

    Selain itu, majlis juga bertujuan untuk menyatupadukan lepasan-lepasan pelajar universiti berkenaan di Negara Brunei Darussalam dan mengukuhkan jalinan kerjasama serta silaturahim dalam kalangan ahli Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar.

    Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Aziz, ahli-ahli kehormat, jawatankuasa eksekutif, Rabitah Antarabangsa Alumni Al-Azhar dan para Alumni Universiti Al-Azhar serta antara jemputan yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...