Wednesday, May 8, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Majlis Khatam Al-Quran sempena Konvokesyen IBTE ke-30

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 NOV – Seramai 513 orang bakal graduan Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran sempena Majlis Konvokesyen IBTE ke-30, hari ini.

    Majlis berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Madang di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengerusi Sabli Group of Companies, selaku ahli lembaga pengelola, Haji Abdul Hamid @ Haji Sabli bin Haji Arshad yang turut memimpin bacaan Surah Al-Fatihah.

    Majlis diserikan lagi dengan Dikir Marhaban dan diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran.

    Diadakan sebagai salah satu acara tahunan institut sempena majlis konvokesyen, ia bertujuan untuk menyuntik semangat dalam jiwa para pelajar untuk mencintai Al-Quran dan membudayakan amalan membaca Al-Quran dalam kehidupan seharian.

    Antara bakal graduan lelaki yang menyertai majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...