Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Varane, Giroud beraksi di Qatar

    PARIS, 10 NOV – Jurulatih Perancis, Didier Deschamps menyenaraikan Raphael Varane di dalam Skuad Piala Dunia pada Rabu walaupun pemain pertahanan itu mengalami kecederaan baru-baru ini, sementara penyerang berumur 36 tahun, Olivier Giroud juga turut disenaraikan.

    Deschamps memilih 25 daripada 26 orang pemain untuk kejohanan di Qatar, di mana Perancis bakal berusaha untuk menjadi pasukan pertama yang mempertahankan gelaran Piala Dunia sejak Brazil pada tahun 1962.

    Kesebelasan pemain dalam skuad yang memenangi Piala Dunia 2018 kembali, termasuk kapten Hugo Lloris dan penjaga gawang simpanan, Steve Mandanda, serta Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann.

    Pemenang Ballon d’Or, Karim Benzema, yang terlepas siri permainan untuk Real Madrid pada musim ini disebabkan oleh kecederaan, dijangka bakal membuat kemunculannya dalam Piala Dunia sejak 2014.

    Benzema disisihkan daripada skuad Perancis selama lima tahun setengah kerana terbabit skandal yang melibatkan rakan sepasukannya, Mathieu Valbuena.

    Sementara itu, Giroud kekurangan dua gol berbanding pemegang rekod kebangsaan, Thierry Henry dengan 51 gol. Bekas pemain Arsenal dan Chelsea, yang kini bersama AC Milan, bakal menjadi pemain Perancis tertua bersaing dalam Piala Dunia.

    Pemain pertahanan Paris Saint-Germain, Presnel Kimpembe dipilih walaupun mengalami kecederaan yang mengehadkan dia kepada lima kemunculan sahaja sejak September.

    Varane akan terlepas aksi Les Bleus bertemu Australia dalam perlawanan pembukaan pada 22 November.

    “Kedua-dua kes itu adalah berbeza. Kimpembe akan bermain untuk kelabnya dalam perlawanan terakhir pada Ahad. Varane pula mungkin boleh bermain menentang Australia jika semuanya berjalan lancar.” – AFP

    Ketua Jurulatih Perancis, Didier Deschamps mengadakan sidang media di Paris baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...