Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Majlis Perbandaran Yala seru semua pihak kembalikan keamanan

    BANGKOK, 31 JAN – Pihak Majlis Perbandaran Yala menyeru semua yang terlibat dalam beberapa serangan bom di bandar itu pada Jumaat dan Sabtu lalu tampil untuk mencari penyelesaian dan memulihkan keamanan di wilayah itu.

    Datuk Bandar Yala, Pongsak Yingchoncharoen dalam satu kenyataan berkata pihak majlis sangat kesal dengan kejadian bom dipasang di lebih 20 lokasi perbandaran itu oleh kumpulan yang tidak dikenali. Meskipun tidak melibatkan kehilangan nyawa atau harta benda yang ketara, beliau berkata kejadian itu menyebabkan kerugian ekonomi yang teruk dan menjejaskan keyakinan orang ramai.

    “…dan akibatnya, usaha untuk membangun dan memulihkan kualiti hidup masyarakat di situ menjadi sia-sia.

    “Oleh itu, pihak Perbandaran Yala, menyeru agar tindakan sebegitu dihentikan dan mengajak mana-mana pihak yang terlibat untuk berbincang bagi mencari penyelesaian secara aman, dan bukannya menggunakan keganasan kerana tindakan itu tidak lagi diterima oleh masyarakat dunia dan tidak boleh memulihkan keamanan di tanah air.

    Pada Jumaat malam, seorang cedera apabila sekurang-kurangnya 15 letupan kecil menggegar bandar Yala, kebanyakannya berlaku di tepi jalan, kedai serbaneka, kedai dan pasar. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...