Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan jalan, pemasangan gentian optik

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan para pengguna jalan raya di Lebuhraya Sultan Hassanal Bolkiah mengenai penutupan sementara separuh jalan di jejambat Berakas bermula hari ini hingga 19 Mei.

    JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan, menjelaskan bahawa penutupan sementara dari pukul 11 malam hingga 6 pagi itu adalah disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan di jejambat berkenaan.

    Sehubungan itu, para pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.

    Sementara itu, di lokasi yang berasingan, JKR turut memaklumkan mengenai kerja-kerja pemasangan kabel gentian optik di Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (SHOAS) T24.9 KM hingga T23.2 KM menghala Temburong.

    Kerja-kerja pemasangan kabel tersebut bermula hari ini hingga 12 Mei dari pukul 8 pagi hingga 5:30 petang.

    Pengguna jambatan tersebut dinasihatkan untuk menggunakan jalan lencongan yang disediakan dan sentiasa berhati-hati di kawasan berkenaan.

    Penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Berakas disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan di jejambat berkenaan. – Gambar serahan JKR
    Lokasi pemasangan kabel Fiber Optic di Jambatan SHOAS T24.9 Kilometer hingga T23.2 Km menghala Temburong. – Gambar serahan JKR

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...