Sunday, May 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Gaya hidup Ari Lasso berubah selepas pulih kanser

    Penyanyi Ari Lasso mendedahkan gaya hidupnya kini berubah selepas disahkan menghidap kanser limfoma beberapa tahun lalu.

    Kara Ari atau Ari Bernardus Lasso, 50, meskipun sudah sembuh sepenuhnya namun dia masih menjaga pemakanan dan tidak lagi mengambil minuman berkalkohol.

    “Kehidupan saya berubah sepenuhnya. Saya tidak lagi ambil minuman beralkohol, minum kopi, makan pedas atau makanan bergoreng.

    “Kebanyakan makanan yang saya ambil adalah rebusan sahaja.

    “Sampai sekarang saya amalkan eating clean.

    Ari kini kembali aktif dalam dunia muzik. – Agensi

    “Maka wajah saya pun nampak bersih,” katanya seperti yang dipetik dari Suara.

    Pada September 2021 bekas vokalis Dewa 19 ini mengejutkan ramai peminat dengan pendedahan dirinya menghidap kanser limfona tahap dua.

    Dia menjalani beberapa siri rawatan dan pembedahan termasuk di Singapura sebelum disahkan pulih sepenuhnya pada Februari tahun lalu.

    Ari kini sedang sibuk dengan persiapan mengadakan konsert jelajah di empat daerah di Indonesia sempena 30 tahun penglibatannya dalam industri muzik.

    Istimewa dalam persembahannya nanti, Ari mendapat keizinan Ahmad Dhani menyanyikan lagu-lagu Dewa 19 yang pernah dibawakan sebelum ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 maut dalam banjir kilat di Iran

    TEHRAN, 17 Mei – Sekurang-kurangnya tujuh orang maut dalam banjir kilat susulan hujan lebat di bandar Mashhad di timur laut Iran, lapor agensi berita...