Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sebahagian jalan sementara Jambatan SHOAS

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Jambatan Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien (SHOAS), yang bermula 22 Disember lalu sehingga 14 Januari depan.

    JKR menjelaskan, penutupan sebahagian jalan tersebut, menghala ke Daerah Temburong, adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan VMS dan VSLS dapat dilaksanakan.

    Jalan tersebut akan dibuka semula sebaik kerja-kerja berkenaan selesai dilaksanakan.

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mementingkan keselamatan serta berhemah dan bertimbang rasa selaku pengguna jalan raya.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...