Thursday, May 9, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sementara jalan di kawasan dermaga, Pekan Bangar

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataan yang dikeluarkan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara jalan di kawasan dermaga, Pekan Bangar Temburong pada 24 dan 25 Februari ini.

    Jabatan itu menjelaskan, penutupan berkenaan adalah untuk Upacara Penurunan Bendera Negara Brunei Darussalam Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-38 tahun bagi Daerah Temburong.

    Sehubungan itu, pihak jabatan menasihatkan para pengguna jalan tersebut untuk menggunakan jalan alternatif yang terdapat di kawasan berkenaan.

    Selain itu, para pengguna jalan raya juga diingatkan untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat 8333123 ataupun e-mel pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan kawasan dermaga Pekan Bangar yang akan ditutup sementara pada 24 dan 25 Februari ini. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...