Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Malam Munajat terakhir di bulan Ramadan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MEI – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) meneruskan lagi Majlis Malam Munajat yang diadakan secara maya kelmarin, bagi minggu terakhir di bulan Ramadan 1443 Hijrah.

    Turut menyertai Munajat Ramadan minggu ini ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Di samping itu, sebanyak 80 buah masjid, surau dan balai ibadat seluruh negara juga mengikuti acara ini secara maya.

    Acara dimulakan dengan bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dipimpin oleh Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar.

    Munajat Ramadan minggu ini diisi dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dipimpin oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen, Haji Mohd Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran secara maya dari masjid tersebut dan diikuti dengan bacaan Doa Munajat oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri, Haji Sahrin bin Haji Kadih.

    Acara diteruskan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran iaitu ayat 35 daripada Surah Al-Ahzaab oleh Haji Mohd Izzat Izzuddin, manakala tadabbur ayat-ayat tersebut disampaikan oleh Pensyarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Hajah Ummi Fa‘izah binti Haji Abdul Rahman.

    Acara diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Bahagian Bimbingan dan Latihan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Mohd Sahri bin Haji Sulaiman.

    Munajat Ramadhan anjuran KHEU mengajak orang ramai untuk bersama-sama meraih ganjaran dan mempertingkatkan amalan di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, di samping memohon keampunan dari Allah SWT dengan bermunajat, beristighfar, membaca Surah Yasin dan merafakkan doa secara serentak beramai-ramai dengan harapan agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam terselamat dari segala bala bencana dan penyakit berbahaya, khasnya wabak COVID.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama semasa menyertai Majlis Malam Munajat minggu terakhir bulan Ramadan yang diadakan secara maya, baru-baru ini.- Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...