Friday, December 8, 2023
26.6 C
Brunei

    -

    Malaysia alami musim tengkujuh minggu depan

    KUALA LUMPUR, 3 NOV – Malaysia akan mengalami Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada Isnin ini (7 Nov) dan berterusan sehingga Mac depan.

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh itu, empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku.

    “Seperti musim-musim yang lalu, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

    “Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat,” menurut kenyataan itu.

    MetMalaysia turut menjangkakan kejadian air pasang besar berlaku bermula pada 6 hingga 11 Nov dan 22 hingga 27 Nov, disusuli 7 hingga 12 Dis dan 22 hingga 26 Dis, serta 6 hingga 10 Jan 2023 dan 21 hingga 25 Jan 2023.

    Semasa MTL itu, tiupan angin timur laut secara berterusan dan kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora serta ombak besar di perairan Laut China Selatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....