Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Malaysia cadang wujudkan wilayah ekonomi serantau Johor-Singapura

    ISKANDAR PUTERI, 28 MEI – Malaysia bercadang untuk mewujudkan wilayah ekonomi serantau antara Johor dan Singapura dalam usaha mengukuhkan potensi ekonomi negeri tersebut.

    Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata sebelum ini sudah ada cadangan awal daripada kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan kerajaan Singapura menerusi pertemuan berkala ketiga-tiga pihak namun ia belum lagi diangkat sebagai cadangan rasmi.

    “Sekarang saya rasa masa sesuai untuk bawa idea dan perbincangan itu dan mulakan (perbincangan) untuk melakukannya secara formal,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, di sini, hari ini.

    Bagaimanapun, Rafizi berkata cadangan itu akan dikemukakan pada mesyuarat Kabinet terlebih dahulu sebelum dibawa ke Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) yang dijangka diadakan pertengahan Julai ini.

    Terdahulu, pada sesi dialog libat urus itu Rafizi dalam ucapannya berkata Johor akan terus menjadi antara pemacu ekonomi negara terbesar pada masa hadapan, susulan potensi dan kedudukan strategiknya di rantau ini.

    Beliau berkata dengan negara memberi fokus kepada sektor peralihan tenaga, Johor berpotensi menjadi penerima manfaat terbesar terutama dengan kedudukannya bersebelahan Singapura. – Bernama

    Menurut Rafizi, cadangan tersebut perlu dikemukakan pada mesyuarat Kabinet terlebih dahulu. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...