Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Malaysia tuan rumah kejohanan ATC 2023

    KUALA LUMPUR, 28 MAC – Malaysia memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2023, yang akan berlangsung di Velodrom Nasional di Nilai.

    Bagaimanapun, tiada tarikh yang telah ditetapkan.

    Ini akan menjadi kejohanan berbasikal trek antarabangsa pertama yang dianjurkan Malaysia sejak negara dilanda pandemik COVID-19.

    Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) Datuk Amarjit Singh Gill berkata kejohanan itu akan membawa mata kelayakan penting untuk Sukan Olimpik Paris 2024.

    Menurut beliau, ini adalah berita gembira buat pelumba negara terutama pelumba basikal trek Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom kerana mereka akan mempunyai kelebihan beraksi di tempat sendiri dan menerima sokongan daripada peminat sukan itu.

    “Saya berasa gembira kerana, selepas perbahasan dan perbincangan semasa mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan ACC (Konfederasi Berbasikal Asia), akhirnya Malaysia memenangi bidaan untuk menjadi tuan rumah ATC 2023. Ini akan menjadi acara trek (basikal) antarabangsa pertama negara sejak COVID- 19 melanda.

    “Kami sangat teruja dan berharap dapat melakukan yang terbaik. Kami akan membantu para atlet negara untuk mencapai matlamat mereka dan (merealisasikan) potensi mereka supaya mereka layak ke Sukan Olimpik 2024,” katanya ketika dihubungi hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...