Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Mangsa culik dibunuh selepas wang tebusan dibayar

    KUALA LUMPUR, 7 OKT – Mayat seorang lelaki warga Bangladesh disyaki mangsa culik oleh rakan senegara ditemukan dalam keadaan separuh reput dengan tangan dan muka diikat menggunakan pita pelekat serta kain sarung di kawasan semak taman perindustrian di Seri Kembangan, dekat sini, semalam.

    Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan berkata mangsa berusia 39 tahun ditemukan pada kira-kira 7 malam susulan penahanan empat suspek lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan 30-an di sekitar Beranang dan Semenyih pada Khamis dan Jumaat lalu.

    Beliau berkata bapa saudara mangsa membuat laporan polis pada 30 Sept lalu selepas ibu mangsa di Bangladesh menerima panggilan daripada seorang suspek meminta wang tebusan 500,000 taka Bangladesh (RM24,000) untuk membebaskan mangsa.

    “Bayaran dibuat kepada suspek melalui akaun bank di Bangladesh dan suspek berjanji akan membebaskan mangsa dalam masa dua hari, namun tidak menerima sebarang berita berkenaan anaknya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...