Monday, March 27, 2023
21.7 C
Brunei

-

Martabatkan bahasa Iban sebagai bahasa ibunda

KUCHING, 8 MAC – Komuniti Iban harus berbangga serta memartabatkan bahasa ibunda dengan mewajibkan anak-anak mengambil subjek bahasa itu di sekolah, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai.

Beliau berkata bagi mereka yang bersekolah di luar bandar, bahasa Iban sememangnya ditawarkan kepada pelajar sebagai subjek tambahan, namun tidak bagi mereka yang tinggal di bandar seperti di kawasan Kuching.

“Justeru itu, penguasaan bahasa Iban dalam kalangan mereka yang tinggal di bandar ini sangat lemah atau pun kurang fasih, kerana penggunaan bahasa mereka telah bercampur aduk dengan bahasa yang lain,” katanya selepas mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, menutup Bengkel Pemantapan Bahasa Iban dalam Komunikasi di sini, hari ini.

John Sikie berkata melalui bengkel pemantapan bahasa, beliau yakin penggunaan perbendaharaan kata Iban yang mempunyai maksud yang sama, dapat diselaraskan untuk kegunaan yang standard, sekiranya sebutan tersebut berbeza mengikut kawasan. – Bernama

Datuk John Sikie Tayai (dua, kanan) mewakili Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan majlis penutupan Bengkel Pemantapan Bahasa Iban dalam Komunikasi kelmarin. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -