Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Masjid Ibnu Sina di Titiwangsa musnah dalam kebakaran

    KUALA LUMPUR, 23 Mac – Kariah Masjid Ibnu Sina di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, tidak sempat menunaikan solat Sunat Tarawih pertama malam tadi, apabila hampir 90 peratus ruangan masjid itu musnah dalam kebakaran kira-kira 7 malam.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7:10 petang, sebelum tiba di tempat kejadian pada 7:17 malam.

    “Sebanyak tiga jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Hang Tuah dengan kekuatan 21 anggota, bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

    “Kebakaran melibatkan ruangan solat di dalam masjid dengan anggaran kemusnahan sebanyak 90 peratus,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jentera pelancar udara Korea U jatuh ke Laut Kuning

    SEOUL, 31 MEI – Korea Utara menembak apa yang didakwanya sebagai ‘jentera pelancar angkasa lepas’ ke arah selatan hari ini, namun jatuh ke Laut...
    - Advertisment -