Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Mavericks tundukkan Pistons

    DALLAS, 31 JAN – Luka Doncic menjaringkan 53 mata dalam kepulangan ke barisan pemain dan Spencer Dinwiddie menjaringkan 10 daripada 12 mata pada suku keempat ketika Dallas Mavericks bangkit untuk menewaskan Detroit Pistons 111-105 kelmarin.

    Empat daripada lima kerjaya jaringan 50 mata Doncic direkodkan musim ini. Dia menjaringkan 60 mata terbaik dalam kerjayanya ketika menentang New York Knicks.

    Jaringan 53 mata beliau terikat untuk kali kedua, terbanyak dalam sejarah Dallas yang menyamai jumlah jaringan Dirk Nowitzki ketika menentang Houston Rockets pada 2 Disember 2004.

    Doncic menjaringkan 24 mata pada suku pertama dan 18 mata pada suku ketiga, yang kedua dalam sejarah NBA yang masuk dengan purata 33 mata setiap perlawanan. Dia kembali selepas mengalami kecederaan buku lali kirinya semasa perlawanan Khamis lalu di Phoenix kemudian terlepas perlawanan hujung minggu di Utah.

    Sementara itu, Bojan Bogdanovic menjaringkan 29 mata dan Saddiq Bey 18 mata termasuk 5 tiga mata untuk Pistons (13-39), yang telah tewas enam daripada tujuh perlawanan.

    Jaringan terakhir Doncic adalah hasil daripada bola yang melantun dari rim yang jatuh didepannya lalu menjaringkan bola untuk meletakkan Dallas di hadapan 109-105 dengan perlawanan berbaki 46 saat. Dalam penguasaan Pistons seterusnya, Bogdanovic terlepas jaringan tiga mata berhampiran garisan di sisi kanan.

    “Kami fikir Bojan telah dikasari,” kata jurulatih Detroit Dwane Casey. “Awda masih perlu bermain dalam semua situasi itu dan menutup permainan, kerana kami meletakkan diri kami dalam situasi untuk menang,” tambahnya. – AP

    Aksi Luka Doncic (kiri) dan Jalen Duren semasa separuh masa pertama perlawanan bola keranjang, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...